Assalamualaikum w..b.t ...saya amat bersyukur atas rezeki melanjutkan pelajaran ke tahap menara gading.Sesungguhnya,ini bukan destinasi terakhir dalam menuntut ilmu,malahan ia merupakan destinasi pertama dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran...sebenarnya,kos HRD(Pembangunan Sumber Manusia) merupakan kursus yang aku minati dan yang aku mohon masa online dulu...syukur kehadrat ilahi,akhirnya aku dapat menjalani kehidupan sebagai mahasiswa di UTM yang tercinta ini.Aku merupakan anak sulung dari 4 adik-beradik....memang berat tugas kalau jadi anak sulung ini..kita kena jadi contoh yang terbaik dan sentiasa menasihati adik-adik agar terus menjaga diri di landasan yang betul...
Diam-diam,hampir 3 tahun aku telah menjalani kehidupan sebagai mahasiswa dalam menuntut ilmu...tahun ini aku bergelar:mahasiswa tahun akhir"...mulalah risau mengenai PSM dan assignmnt yang semakin mencabar minda..tp,aku mmg suka semua ini,kerana itu hanya sedikit yg perlu kita tempuhi berbanding selepas "berkonvo" nanti.alhamdulillah,sepanjang 4 sem aku tempuhi,banyak ilmu dan pengalaman yang aku perolehi...bukan apa,semua yang kita belajar ini memang penting dan perlu diaplikasikan semasa di alam kerjaya nanti.
Untuk semester ke-5 ini,antara subjek yang aku ambil adalah HRIS(Human Resources Information System).Subjek ini memerlukan tahap kefahaman yang tinggi kerana memerlukan kita memahami sesuatu sistem yang menggunakan teknologi terkini.Sistem ini dapat membantu memudahkan urusan menguruskan pekerja.Sistem ini juga dapat menjmatkan masa.
Pada minggu pertama mengikuti kelas Dr.Nur Naha,beliau telah memberi penerangan secara "overview" mengenai subjek ini.
No comments:
Post a Comment